Wednesday, July 3

Journey to Madinah :)

Posted by haniazhr at 4:23 PM
Assalamualaikum :) maaf lama tak sambung update pasal perjalanan di Mekah dan Madinah haritu sebab busy :D

sepertimana Nabi Ibrahim a.s. meminta Allah menjadikan bumi Mekah itu sebagai tanah haram, Nabi Muhammad s.a.w. juga pinta agar tanah Madinah dijadikan tanah haram juga :)

Maksudnya: 
"Sesungguhnya Ibrahim telah mengharamkan Mekah dan berdoa untuknya dan aku mengharamkan Madinah sepertimana Ibrahim mengharamkan Mekah dan aku berdoa untuk (keberkatan) cupak dan gantangnya sepertimana Ibrahim as berdoa untuk Mekah." 

Menurut riwayat yang lain : "Ya Allah, jadikanlah berkat Madinah dua kali ganda daripada berkat yang Engkau jadikan bagi Mekah." (Hadis Bukhari No.2129,1885.Sahih Muslim No.1360,1369)


"Madinah adalah tanah haram , letaknya di antara Bukit E'ir dan Bukit Thur, sesiapa yang melakukan kezaliman (maksiat) di dalamnya, maka ke atasnya laknat Allah ,Malaikat dan manusia seluruhnya dan semua amalan baiknya samada yang wajib atau sunat tidak diterima  oleh Allah daripada pada hari kiamat" (Sahih Al-Bukhari No.6755,1870,Sahih Muslim No.1370)"

nampak tak keistimewaan Madinah? :D 

memula sampai dekat Madinah pada hari isnin, 10 Jun 2013, dalam pukul 8++ jugak. masa tu orang baru sudah solat Isya :) perjalanan dari kota Mekah ke Madinah makan masa lebih kurang 5 jam ++ jugak la. 

sesampai dekat hotel Dar Al Khair yang terletak 100m cenggitu je dari Masjid Nabawi,  ustaz bagi kunci bilik, naik ke bilik, wewangi segala kemudian solat lah dekat bilik. adik hani yang 2 orang tu pulak pi ikut ustaz dan jemaah lelaki yang lain pi solat dekat masjid dan pi melawat makan Rasulullah dan sahabat, Saidina Abu Bakar As Siddiq dan Saidina Umar Al Khattab :') kemudian dorang pergi masuk Raudhah :) adik la yang cerita :D 

keesokan harinya, selesai solat subuh, bersarapan dekat hotel, dalam pukul 7.30 am cenggitu, pergi la Hani dengan mama dan adik adik ke masjid semula sebab nak pergi Raudhah :D exciteddd tahu! sebelum masuk ke masjid, lalu dekat makam Rasulullah dan sahabat  serta perkuburan Baqi' dulu :) baca lah doa apa semua, bagi salam dekat Rasulullah dan para sahabat kemudian baru beransur ke Raudhah :)

suasana dekat masjid Nabawi :') 
*ada pulak muka adik sendiri buat photo bom -.- 

kubah makam Rasulullah :')
Assalamualaika ya Rasulullah wa Abu Bakar wa Umar.

p/s: bila bagi salam, hadap makam, bila baca doa, hadap kiblat yeeee! :D 

dari luaq Masjid Nabawi. 
time memalam, penuh orang berjual depan pagaq tu memacam.
lepas time solat lah. 

masjid masjid Nabawi melalui pintu 25, solat sunat, minum air zam zam di tong tong air yang disediakan, hani dengan mama pun masuk ke tempat menunggu sementara nak masuk ke Raudhah. kenapa kena tunggu? sebabnya, dorang asingkan orang arab dengan orang asia tenggara :) orang arab nie kan bebesaq badan dia. orang asia nie kekecik comel jea :D dorang taknak laa jadi kejadian tolak menolak lah segala :)

menunggu nak masuk Raudhah :)

lepas masuk dekat dekat kawasan Raudhah, lagi sekali kena tunggu. macam kira tunggu turn laa. dorang tak kasik masuk semua sekali nanti crowded sangat. takut nanti ada yang silap silap kena pijak mati pulak kat situ. nak tahu yang kita dah masuk kawasan Raudhah, bila karpet solat tu bukan lagi berwarna merah, tapi warna hijau :D tu tanda kita dah masuk ke kawasan Raudhah. oleh kerana ramai sangat mak cik arab tak mau keluaq dari Raudhah, akak akak yang jaga Raudhah tu sampai kena halau mak mak arab dari Raudhah untuk bagi peluang orang asia tenggara nie pulak nak bersolat sunat dan berdoa di Raudhah nie. memula mama cakap, macam takde peluang nak solat sunat. tetiba, Allah mudahkan. depan hani tersedia 1 ruang kosong. Alhamdulillah ya Allah :')  even solat kurang khusyuk dek kerana aktiviti tolak menolak tak stop, siap kena pijak kepala lagi, harap Allah terima solat tu sebab Allah lebih mengetahui :') 

dalam Raudhah :')

keesokan harinya, hari Rabu, 12 Jun, pukul 6.30 am memasing dah siap tunggu dekat lobi hotel sebab hari tersebut kami akan dibawa berziarah :D  tempat pertama yang dituju ialah Masjid Quba' :')



lepas tu bertolak pulak ke Jabal Uhud :) yes, tempat perang uhud terjadi. masa memula tu berhenti, ustaz cerita pasal peperangan uhud tu , tak turun pun dari bas. lepas tu pergi ke ladang kurma :D 

amber :)

Baide


Sukkari

tu ada beberapa jenis kurma. ampunn. tak sempat ambik gambaq kurma ajwa atau lebih dikenali sebagai kurma nabi dalam kalangan masyarakat arab :D


pokok kurma :D

selesai menawaf tempat jualan kurma dekat situ sambil merasa beberapa jenis kurma, kami pun naik bas pergi balik ke kawasan bukit uhud :) oleh kerana ada permintaan dari kalangan jemaah, bas pun berhenti seketika di sana.

nie ialah Jabal Uhud :')

bukit pemanah :)


abaikan muka nak gelak itu.
hee. nie hani dengan adik adik. 
saja sekali sekala nak kemho. 


masa kat situ, ada la jugak pergi tengok perkuburan para syuhada yang gugur masa perang uhud :') perkuburan tu sebenarnya di pindahkan sebab berlaku banjir pada tahun berapa entah.. asalnya dekat tempat lain.

lepas tu, naik bas untuk pulang semula ke hotel. dalam perjalanan tu.......

masjid Qiblatain :)

dekat masjid nie la berlaku pertukaran qiblat :) semasa tengah solat, datang wahyu Allah supaya qiblat ditukar dari menghadap baitul maqdis (Al-Aqsa) ke menghadap Kaabah :)

masjid Khandak

berhadapan masjid nie berlakunya perang khandak :) di mana parit parit di gali sebagai strategi peperangan :) 

dalam pukul 11 sampailah kami semua ke hotel semula :) naik ke bilik, bersiap pulak untuk ke masjid untuk solat fardhu Zohor. 

the next day, selepas jamakkan solat zohor dan asar, dalam pukul 3 macam tu bertolaklah kami semua ke King Abdul Aziz International Airport untuk berlepas pulang ke Malaysia :')

subhanaAllah, tak dapat ungkap rasa hati bila nak balik tu. sedih je nak tinggalkan bumi Allah tu :'( moga diberi peluang untuk jejakkan kaki ke sana lagi. dan semoga sahabat sahabat juga diberi peluang untuk ke sanan suatu hari nanti, InsyaAllah :')





sekian dulu :) assalamualaikum. 


0 comments:

 

art of the heart (: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea